Pemasangan Starlink Fasa 2 Januari Depan

Pemasangan Starlink Fasa 2 Januari Depan

0
SHARE
Fahmi
Fahmi (dua dari kanan) menyerahkan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pemasangan unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah akan bermula seawal Januari depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Starlink telah diberikan lesen oleh kerajaan sejak Julai lalu sebagai syarikat penyedia perkhidmatan internet bagi meningkatkan keupayaan internet di negara ini.

“Pemasangan unit peranti Starlink melibatkan sembilan lokasi di Sabah dan salah satunya adalah di Inanam.

“Dua unit satelit Starlink fasa pertama sedang dipasang masing-masing di Pensiangan dan Ranau,” katanya semasa merasmikan Program Kita MADANI di Dewan Pisompuruan Kampung Kobuni, pada Sabtu.

Menurutnya, pemasangan unit Starlink dijalankan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan beliau turut meminta pasukannya mengenal pasti satu lokasi di Inanam untuk pemasangan peranti tersebut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, Peto Galim berkata, capaian internet di beberapa kawasan di sekitar daerah tersebut agak lemah, malah terdapat kawasan yang tidak mempunyai capaian internet seperti Kampung Kolosunan, kg. Ruminding dan kg.Tiku.

“Saya berharap pihak kementerian menilai semula pembinaan menara komunikasi di kg. Talungan agar dapat diteruskan agar penduduk dapat menikmati kelajuan internet seperti di kawasan bandar,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, Peto Galim. — JABATAN PENERANGAN SABAH