530 KENDERAAN MERIAHKAN BORNEO SAFARI INTERNATIONAL CHALLENGE: KM HAJIJI

530 KENDERAAN MERIAHKAN BORNEO SAFARI INTERNATIONAL CHALLENGE: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (tengah) menyempurnakan acara pelepasan diiringi Christina (empat dari kanan) dan Joniston (dua dari kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

 

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 530 kenderaan memeriahkan Borneo Safari International Offroad Challenge Edisi ke-31.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cabaran yang berlangsung selama lapan hari bermula 29 Oktober itu disertai oleh seramai 1,500 peserta.

“Ekspedisi ini merupakan satu rekreasi kepada peserta di samping dapat melihat khazanah Sabah yang kaya dengan hutan simpan, eko-sistem dan pemandangan yang cukup menarik untuk dikongsi bersama.

“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan peminat-peminat kereta pacuan 4 roda (4×4) dari dalam dan luar negara,” katanya semasa merasmikan majlis pelepasan Borneo Safari International Offroad Challenge Edisi ke-31 di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Presiden Persatuan 4 Roda Sabah (SFWDA), Faez Nordin berkata, penyertaan kali ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan dari luar negara seperti Hong Kong, Australia, New Zealand, Jepun, Filipina, India, United Kingdom dan Brunei Darussalam.

“Pada tahun lalu, kami menerima seramai 1,200 peserta dan kali ini, jumlah penggemar 4×4 semakin meningkat sehingga pihak kami terpaksa penyertaan kepada 1,500 orang untuk tujuan keselamatan,” tambahnya.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew dan Pembantunya, Datuk Joniston Bangkuai serta Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan. — JABATAN PENERANGAN SABAH