Menteri KPMKR Bergegas Ke Papar, Lawat Mangsa Kebakaran

Menteri KPMKR Bergegas Ke Papar, Lawat Mangsa Kebakaran

0
SHARE

PAPAR: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib bergegas ke daerah Papar untuk melawat mangsa Kebakaran, semalam.

Dilaporkan telah berlaku satu kebakaran di Hospital Papar sekitar jam 7.00 malam tadi.

Menurut laporan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, kebakaran itu membabitkan sebuah stor perubatan farmasi. 

Selain itu sebuah bangunan bilik makmal kajian juga turut terjejas akibat terkena bahang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Manakala, beberapa pesakit lain yang memerlukan telah pun dipindahkan ke beberapa hospital sekitar Kota Kinabalu.

James yang juga merupakan Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, beliau akan mengarahkan kementeriannya untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan daripada Kebakaran tersebut dengan kadar yang segera.

Turut bersama-sama melawat mangsa kebakaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.