KUCHING, SARAWAK – Disangka haiwan yang diburu, seorang lelaki telah tertembak rakanya sendiri sehingga maut ketika memburu di kawasan perkuburan Kampung Emperoh Giam, Kilometer 37 Jalan Borneo Heights, Sarawak pada Sabtu.
Mangsa yang maut ialah, Gading Gambong 64 tahun, seorang bapa kepada empat orang anak dari Kampung Garung mati di tempat kejadian.
Menurut ketua Kaum Kampung Emperoh Giam, Walliska Dengi, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan beliau telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh saudara mangsa pada jam 12:30 tengah hari.
“Lebih kurang jam 12 tengah hari satu kumpulan pemburu seramai empat orang dari Kampong Emperoh Gerung telah menceroboh masuk kawasan tanah perkuburan Kampung Emperoh Giam untuk memburu dan seorang daripada mereka telah tertembak kawan sendiri semasa menghendap babi hutan di kawasan tersebut.
“Akibat daripada kejadian tersebut menyebabkan mangsa telah terkorban di tempat kejadian,” katanya dalam laporan polis…
Seterusnya mereka telah membuat laporan polis dan pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.
“Saudara mangsa yang telah memaklumkan kepada saya tentang kejadian tersebut,” tambahnya.
Katanya, setelah pihak forensik PDRM membuat siasatan ke atas kes, mayat mangsa bersama tiga rakan yang lain telah dibawa keluar dari lokasi kejadian pada jam 5.40 petang.





