Pemilik Syarikat Mengaku Bersalah Guna Dokumen Palsu Dapatkan Tender Bekal Makanan Sekolah

Pemilik Syarikat Mengaku Bersalah Guna Dokumen Palsu Dapatkan Tender Bekal Makanan Sekolah

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pemilik syarikat pemborong mengaku bersalah ke atas TIGA (3) tuduhan memalsukan dokumen di Sesyen Khas Rasuah, sini, hari ini.

Fauzi Sahid, 33, yang diwakili Tetuan Nohon and Partners dituduh menggunakan dokumen-dokumen palsu tersebut pada November 2016 bagi mendapatkan tender membekal makanan ke SMK Datuk Panglima Abdullah di Semporna bagi satu tempoh kontrak bermula 1 Mac 2017 sehingga Februari 2019.

Hakim Tuan Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman denda keseluruhan bernilai RM 24,000 dengan hukuman penjara empat (4) bulan yang dijalankan serentak bagi setiap kiraan pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum si bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsham Saharom.