KOTA KINABALU: Pemindahan sembilan polis Selangor yang “bermasalah” ke dua negeri dalam Borneo hanya melibatkan Sarawak kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani.
Perpindahan mereka yang berpangkat konstabel sehingga sub-inspektor itu merupakan tindakan tatatertib selepas didakwa memeras ugut seorang ahli perniagaan Gombak berhubung kes dadah baru-baru ini.
Bagaimanapun, Acryl berkata lokasi perpindahan mereka masih belum dimuktamadkan.
“Polis Diraja Malaysia mengambil maklum permintaan kerajaan Sabah dan Sarawak masing-masing…
“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh bahagian komunikasi korporat kami berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pemimpin-pemimpin Sabah dari kedua-dua belah politik telah mengkritik langkah itu sejak didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi pada Selasa.
Prosedur itu, kata mereka, menyamakan Sabah sebagai “pusat pembuangan” untuk penguatkuasa korup.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang sedang menunaikan umrah berkata pihak Polis sepatutnya memaklumkan dahulu dengan Kerajaan Negeri, namun akan mendapat penjelasan apabila balik nanti.





