PEMULIHAN SEKTOR EKONOMI TERUS JADI AGENDA UTAMA KERAJAAN GRS – FAIRUZ

PEMULIHAN SEKTOR EKONOMI TERUS JADI AGENDA UTAMA KERAJAAN GRS – FAIRUZ

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pemulihan semua sektor ekonomi Sabah terus menjadi agenda utama Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) setelah dilihat berjaya melepaskan rakyat daripada cengkaman pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Pintasan, Fairuz Renddan mengatakan usaha oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Pangilma Haji Hajiji Haji Noor melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) sentiasa diperhalusi demi pemerkasaan rakyat.

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

Sebagai contoh, Fairuz menegaskan pendirian teguh kerajaan Sabah dalam keputusan untuk membenarkan ‘dine-in’ (makan di restoran) pada 28 Jun lalu setelah mengambil kira mata pencarian penduduk negeri ini yang terjejas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun dalam satu kenyataan media rasmi mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0…

“Selain pelbagai jenis bantuan termasuk bakul makanan dan selepas setahun memerintah, GRS kini mahu melihat lebih ramai rakyat mula kembali menjana pendapatan mereka,” katanya.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Sabah itu menekankan bahawa golongan belia turut tidak dikecualikan.

“Kita tahu 60 peratus (60%) daripada golongan berumur 18-35 tahun ini dahagakan program pembangunan insan dan kemahiran. Manakala, 40 peratus (40%) daripada mereka sudah mula berkecimpung dalam bidang perniagaan…

“Biasanya, 30 peratus (30%) yang sudah memulakan kerjaya mereka ini bijak bergerak mengikut trend terbaharu bagi menjayakan perniagaan mereka manakala 10 peratus (10%) lagi dalam jenis perniagaan yang tetap.

“Kerajaan Negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sentiasa bersedia untuk membenarkan penggunaan fasiliti kerajaan di samping menyediakan pelbagai program bagi membina masa depan anak muda,” katanya.

Menurutnya, beliau sendiri pernah membantu menjayakan beberapa kumpulan penjual ‘bundle’ (pakaian terpakai) tempatan yang menggunakan platform seperti Facebook untuk membantu diri mereka sendiri.

“Tiada yang perlu dimalukan dalam perniagaan yang jujur. Dari sudut pakaian itu pula, kan kita yang beli sendiri…

Fairuz berkata lagi, ARMADA Keningau dan Exco ARMADA Pusat pula dalam masa terdekat ini akan mengadakan sesi jelajah pada kesemua 25 bahagian yang akan memfokuskan kepada program kursus dan sukan berbasikal,” katanya.

Berhubung kawasan persisiran pantai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Fairuz berkata program vaksinasi yang telah mencapai lebih 80 peratus (80%) dos lengkap bagi penduduk dewasa membangkitkan keyakinan untuk menjana semula pendapatan mereka.

Fairuz aktif turun padang melihat sendiri program vaksinasi di kawasan DUN Pintasan dan sekitar Kota Belud bagi merealisasikan dengan segera kadar imuniti kelompok (herd immunity) negeri Sabah…

Katanya, kesedaran penduduk setempat dalam mengambil vaksin demi kesihatan diri dan yang tersayang berbuah hasil apabila mereka kini dibenarkan menjual hasil pertanian dan perikanan ke daerah lain.

“Dari tahun lepas, kerajaan juga telah memberi lebih 100 unit telefon pintar kepada keluarga yang memerlukan agar Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dapat dilaksanakan…

“Selari dengan ini, kami juga menjangka akan mengedar 50 laptop untuk pelajar dan penambahan 100 tablet peranti untuk tujuan yang sama.

Fairuz (tengah, belakang) merakam kenangan bersama anak-anak Pintasan selepas penyampaian sumbangan baru-baru ini…

“Ada kemungkinan bukan semua jenis sekolah akan dibuka nanti tetapi para pelajar di Pintasan harus terus berkembang meskipun menghadapi kekangan ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa beberapa ratus meter jalan tanah di kawasannya itu telah pun dinaik taraf kepada permukaan jalan jenis konkrit dalam tempoh tahun ini.

“Saya melihat Pintasan agak kekurangan dalam infrastruktur jalan raya. Selain daripada itu saya akan terus berusaha menangani masalah air, menyelesaikan sedikit isu geran tanah penduduk yang tertunggak, dan menubuhan dewan untuk kegunaan orang kampung,” jelasnya.

Apabila ditanya bagaimana dirinya yang juga Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Kerajaan Sabah dapat membahagikan masa, malah aktif turun padang melangsungkan tugas yang dipikul, Fairuz berkata dia tidak dapat melakukannya tanpa barisan pasukannya yang mantap.

Antara aktiviti turun padang oleh Fairuz di kawasannya DUN Pintasan demi membantu rakyat yang memerlukan bantuan…

“Bila saya di DUN, saya menjadi ADUN, dan bila saya di kota, saya menjadi SUT yang menjaga 25 bahagian…

“Ianya mudah apabila mempunyai satu skuad yang cukup berkebolehan kerana pada setiap Sabtu saya akan turun ke kawasan untuk melihat kampung dan pasukan saya itu sentiasa bersedia,” kata Fairuz.

Dalam pada itu, dia berkata bahawa Sabah Maju Jaya (SMJ) bukannya slogan semata-mata tetapi berada pada jata negeri Sabah.

Menurutnya, penduduk Sabah akan terus maju demi pembangunan sejagat dan bukan kerana retorik semata.

Beliau membalas soalan perbezaan laungan “SABAH MAJU JAYA” berbanding “SABAH KITA PUNYA” yang digunakan kerajaan terdahulu.

Video slogan “Sabah Kita Punya” yang pernah dilaungkan oleh penyokong Shafie Apdal dan parti Warisan Sabah mengundang kemarahan rakyat Sabah…

“’Sabah Kita Punya’ kurang sesuai kerana kita semua rakyat Malaysia. Sabah itu sebahagian besar daripada Malaysia…

“Begitu jelas orang dari Semenanjung menetap di Sabah dalam harmoni dan perkara itu sama dengan GRS yang terdiri daripada komponen parti tempatan dan persekutuan.

“Tiada isu untuk mengambil Sabah balik, Sabah memang kita punya dari dahulu. Slogan ‘SABAH UNTUK SABAHAN’ pun tidak sesuai kerana kita bukan kerajaan atau orang yang bersifat perkauman,” ujar beliau.