Kos Penghasilan Gajet Terbaharu iPhone 13 Pro Didedahkan

Kos Penghasilan Gajet Terbaharu iPhone 13 Pro Didedahkan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sambutan orang ramai terhadap keluaran gajet terbaharu syarikat gergasi teknologi Apple iaitu iPhone 13 begitu memberangsangkan sejak mula dilancarkan awal bulan ini.

Meskipun ditawarkan dengan harga yang premium, model ini masih lagi berjaya ditempah dengan laris.

Baru-baru ini juga, TechInsights mendedahkan dan berkongsi kos iPhone 13 Pro mempunyai kos penghasilan yang lebih tinggi berbanding model iPhone 12 Pro sebelum ini

Secara kasarnya, kos diperlukan untuk menghasilkan sebuah iPhone 13 Pro adalah sebanyak $570 (RM2,381) manakala kos iPhone 12 Pro pula sebanyak $548 (RM2,289). Sebagai perbandingan, kos penghasilan Samsung Galaxy S21+ adalah sekitar $508 (RM2,122) yang dilihat lebih rendah berbanding kedua-dua model ini.

Sumber Foto: TechInsights…

Difahamkan perbezaan harga antara dua model iPhone ini berlaku ekoran kos komponen yang tinggi seperti cip A15 Bionic, sistem kamera yang telah ditambah baik berserta skrin paparan ProMotion beserta kapasiti bateri yang telah dipertingkat.

Walaupun begitu, harga yang ditawarkan pada kali ini masih sama seperti penjualan iPhone 12 Pro yang lalu.

Hal ini sekaligus telah menunjukkan Apple masih ‘bermurah hati’ dalam menawarkan model baharu iPhone kepada pengguna.