Ahli Parlimen KK Jangan Malukan Diri, Sedari Jarak Kawasan Sendiri – Yong

Ahli Parlimen KK Jangan Malukan Diri, Sedari Jarak Kawasan Sendiri – Yong

0
SHARE
Datuk Yong Teck Lee...

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Yong Teck Lee menasihati Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin untuk tidak memalukan diri dengan menyedari jarak kawasan sendiri.

Peribahasa ‘kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak’ sesuai bagi Setiausaha DAP Sabah berkenaan.

“Aksi mengunjungi pintu pam banjir dan pam Dah Yeh Villa/ Damai/ Taman Likas/ Likas Jaya dan kawasan-kawasan bersebelahan yang tidak ditenggelami air hujan lebat dua hari lalu jelas menggambarkan demikian,” kata Yong.

Katanya sistem pencegahan banjir, termasuk pintu dan pam banjir Likas, dibina pada tahun 1988, masih berfungsi dengan baik.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mengunjungi pintu pam banjir…(Sumber Foto; Borneo Post)

“Saya mendapat pengesahan daripada Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) bahawa pintu dan pam di Likas berkaitan hal itu…

“Kali terakhir saya mengunjungi kemudahan tersebut pada Jun 2020 semasa banjir berlaku di Penampang,” katanya.

Mesipun begitu, Yong berkata warga Kota Kinabalu mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, kerana mengunjungi pintu pam tersebut.

“Tetapi dia pergi ke tempat yang salah. Dia juga silap apabila mengatakan bahawa JPS tidak menjalankan tugasnya dalam menjaga pintu dan pam tersebut…

“Chan mengakatan mengatakan bahawa JPS tidak menjalankan tugasnya dalam menjaga pintu dan pam tersebut.

“Kenyataan yang salah seperti itu sangat tidak adil bagi kakitangan JPS yang bekerja keras menjaga rumah pam tersebut,” kata Yong.

Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) berkata sebenarnya, kawasan banjir di Kg. Likas, lebih jauh ke utara lembangan banjir Likas.

Walaupun namanya Kg. Likas, kawasan itu terletak di kawasan parlimen Sepanggar (sebelumnya ‘Gaya’), kawasan itu tidak lagi menjadi sebahagian kawasan Parlimen Kota Kinabalu sejak 1999.

Pada bulan Julai 2019, wakil DAP untuk kawasan Likas, Tan Lee Fatt, juga telah keliru bahawa pencerobohan tanah oleh kumpulan tertentu yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Kurol Melangi berada di kawasan Likas.

“Sebenarnya, Kurol Melangi terletak di dalam Kampung Likas di DUN Karambunai, bukan DUN Likas…

“Ketua penceroboh tanah juga telah memasang bendera Parti Warisan di lokasi di Kurol Melangi,” tambah Yong.