KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Kerajaan memberi pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dengan peruntukan RM120 juta setahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga berpendapatan rendah dan menengah.
Katanya, perkara itu akan memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun.
“Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.






