Pengantin Lelaki Disaman RM279,000 Oleh Rakan-Rakannya

Pengantin Lelaki Disaman RM279,000 Oleh Rakan-Rakannya

0
SHARE

HARIDWAR, INDIA – Pengantin lelaki di Bahadurabad, Haridwar terkejut selepas disaman RM279,000 (Rs50 lakh) selepas dia meninggalkan rakan-rakannya pada hari perkahwinannya.

Memetik laporan portal berita tempatan India.com, pengantin lelaki, Ravi meminta salah seorang rakannya iaitu Chandrashekhar mengedarkan kad perkahwinan bagi pihaknya.

Mengikut kad tersebut, perarakan perkahwinan sepatutnya bertolak pada 5 petang.

Rakan-rakannya termasuk Chandrashekhar, tiba di rumah mengikut masa ditetapkan, tetapi kecewa apabila mendapati pengantin bersama-sama peserta perarakan telah beredar.

Chandrashekhar kemudian menghubungi pengantin lelaki untuk menghilangkan kekeliruan, namun jawapannya menyebabkan rakan-rakannya lebih sakit hati dengan kata-kata pengantin lelaki.

Ravi yang tidak mengakui kesilapannya itu sebaliknya telah meminta rakan-rakannya untuk pulang ke rumah masing-masing kerana telah lewat.

Jawapannya menyebabkan rakan-rakannya rasa terhina dan tidak dihormati, malah turut rasakan ia serangan terhadap maruah mereka.

susulan daripada perkara itu, mereka bertindak memfailkan saman terhadap Ravi.

Chandrashekhar kemudian mengupah peguam dan mendakwa diseksa mentalnya oleh mereka yang telah jemput olehnya atas desakan Ravi.

Selain menyaman Ravi, Chandrashekhar turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripadanya dalam tempoh tiga hari.