KOTA KINABALU, SABAH – Pengasas Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) yang baru setahun ditubuhkan adalah penyokong kuat Parti Warisan Sabah.
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu berhati-hati dengan modus operandi Dewan Perniagaan ini.

“Sepengetahuan kami (BEBAS), pengasas DPMS ini adalah individu yang bernama Shihan Salim dan Ansari Abdullah”.
Kedua-dua individu ini dan kumpulannya dahulunya adalah penyokong kuat kepada Parti Barisan Nasional (BN), tetapi selepas Parti Warisan Sabah memerintah di Sabah sokongan mereka telah beralih arah sepenuhnya kepada Parti Warisan.


“Kedua-dua individu ini juga adalah pengasas kepada Persatuan Peniaga-Peniaga India Muslim Sabah atau lebih dikenali sebagai PIMSA…
“Semasa Parti Warisan memerintah, banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh individu ini dan membabitkan penyertaan pemimpin utama Parti Warisan iaitu Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato’ Azis Jamman.



“Sebagai kumpulan NGO kami mengalu-alukan lebih banyak NGO ditubuhkan atas kepentingan rakyat dan dalam masa yang sama Kerajaan GRS perlu mengenal pasti NGO yang cenderung kepada Parti Warisan Sabah bagi mengelakkan dari terjebak dengan ‘permainan halus’ mereka.
“Kami yakin selepas pendedahan ini mereka akan tampil menafikan kecenderungan mereka terhadap Parti Warisan malahan mungkin akan mengakui pula mereka adalah penyokong kepada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), namun tindak tanduk dan pergerakan oleh individu-individu ini sudah tentu amat mudah dibaca.
“Mereka juga dilihat agak bijak apabila melantik penasihat bekas Pengarah JASA, manakala Presiden pula dilantik yang tidak ada kena mengena dengan politik sebaliknya operasi Dewan Perniagaan ini dijalankan oleh kedua-dua individu ini…


“Sehubungan dengan itu kami menasihati agar pemimpin-pemimpin Kerajaan GRS agar lebih berhati-hati…
“Kami juga dapat menghidu kumpulan ini akan cuba menjadikan platform Dewan Perniagaan ini untuk menekan Kerajaan GRS dalam banyak hal yang berbangkit,” ujar BEBAS lagi.





