Pengerusi PH, Anwar Ibrahim Bakal Datang Ke Tawau Ahad Ini

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim Bakal Datang Ke Tawau Ahad Ini

0
SHARE
Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew (duduk tiga dari kiri) bersama wakil parti komponen PH di Tawau...

TAWAU, SABAH – Presiden Pakatan Harapan (PH) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat Tawau untuk Jelajah Harapan Tawau Presiden Pakatan Harapan Malaysia pada 23 Oktober (Ahad) ini.

Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew mengumumkan perkara terbabit dalam satu sidang media, semalam selepas mempengerusikan mesyuarat PH Tawau, di sini.

“Kita akan menganjurkan sebuah perhimpunan besar bertempat di Calvary Crown Hall pada hari itu bermula jam sembilan pagi sehingga 12 tengah hari…

“Anwar akan menyampaikan mesej beliau kepada semua orang Tawau sempena hari mengundi yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Christina dalam sidang media turut berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempertahankan kerusi parlimen Tawau namun calon masih belum diumumkan.