Pengsan Selepas Pecahkan Gelang Jed Bernilai RM189,515

Pengsan Selepas Pecahkan Gelang Jed Bernilai RM189,515

0
SHARE

CHINA – Seorang wanita yang berkunjung ke sebuah premis menjual barangan kemas di Wilayah Yunnan di China baru-baru ini pengsan selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed bernilai $26,500 (RM113,915) sehingga pecah.

Pelancong wanita tersebut yang berkunjung ke Pasar Jed Ruili Jiegao pada Selasa lalu tidak bernasib baik selepas tidak sengaja menjatuhkan gelang jed sehingga pecah.

Wanita berkenaan pengsan selepas dimaklumkan perlu membayar ganti rugi bagi barangan tersebut yang berharga $44,100 (RM189,515).

Bagaimanapun, selepas meneliti peraturan dan rundingan, gelang yang pecah itu hanya bernilai $26,500 (RM113,915).