Pengurus Syarikat Rugi RM160,000 Akibat Penipuan Pelaburan Di WhatsApp

Pengurus Syarikat Rugi RM160,000 Akibat Penipuan Pelaburan Di WhatsApp

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Seorang pengurus sebuah syarikat di Bau, di sini kerugian kirakira RM160,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan saham wang
menerusi grup WhatsApp.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berusia 40-an itu pada mulanya tertarik dengan iklan belajar pelaburan dalam talian semasa melayari laman sosial Facebook pada September lepas.

“Kemudian nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam grup WhatsApp ‘Stock Exchange Group’ sebelum diajar cara membuat pelaburan dalam pasaran saham oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Jerry’ yang mengaku sebagai pengurus kewangan syarikat menawarkan pelaburan tersebut.”

Mohd Azman berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM20,000 berikutan akaun pelaburan tersebut telah dibekukan.

“Suspek turut mengarahkan mangsa membuat pembayaran tambahan untuk membolehkan dia melakukan pengeluaran wang,” katanya.

Menurutnya mangsa telah membuat laporan polis pada 28 Okt lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Azman menasihati orang ramai agar membuat pelaburan di platform yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

– BERNAMA