Bekas Presiden China Merchants Bank Didakwa Atas Tuduhan Rasuah

Bekas Presiden China Merchants Bank Didakwa Atas Tuduhan Rasuah

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Bekas Presiden China Merchants Bank didakwa atas tuduhan rasuah dan perdagangan orang dalam, kata pendakwa raya tertinggi China semalam.

Prokuratorat Rakyat Tertinggi dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters berkata, Tian Huiyu yang ​​juga bekas Setiausaha parti bank itu telah menyalahgunakan jawatannya dalam bank dan peranan sebelum ini untuk memberi manfaat kepada orang lain sebagai pertukaran untuk rasuah.

Huiyu, 58, juga didakwa kerana terbabit secara haram dalam aktiviti perdagangan sekuriti dengan maklumat orang dalam yang diperoleh menerusi jawatannya dan kerana membocorkan maklumat dalaman, kata kenyataan itu.

Beliau ditahan pada Oktober 2022. Huiyu dipecat daripada Parti Komunis dan dipecat daripada jawatan awam awal bulan itu.

Sebelum menyertai China Merchants Bank pada 2013, Huiyu telah berkhidmat sebagai pengurusan dalam China Construction Bank milik kerajaan dan China Cinda Asset Management.

Perbuatan Huiyu menyebabkan kerugian besar kepada kepentingan negara, kata kenyataan itu.