Saham Starbucks, Disney, McDonalds Jatuh Akibat Boikot Produk Israel

Saham Starbucks, Disney, McDonalds Jatuh Akibat Boikot Produk Israel

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Saham Starbucks, Walt Disney Co., dan McDonald’s jatuh selama tiga hari berturut-turut disebabkan boikot yang berterusan di dunia Arab.

Saham Starbucks susut sebanyak -0.70 peratus kepada nilai $92.02 pada Jumaat.

Saham Disney hari ini turun sebanyak -0.45 peratus dan mencapai nilai $79.33.

Manakala saham McDonald’s susut sebanyak -0.27 peratus hari ini dengan mencapai nilai $255.76.

Ketiga-tiga syarikat itu tampil menyokong kerajaan Israel dalam pembersihan etnik yang berterusan terhadap rakyat Palestin.

Terdapat beberapa video yang mendakwa McDonald’s dan Starbucks menukar beberapa pembungkusan mereka untuk menyerupai bendera Israel.

Pencerobohan Israel ke atas Gaza telah berlangsung selama 27 hari dan membunuh lebih daripada 7,000 orang awam yang tidak bersalah yang mana 60 peratus (60%) daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.