
KUALA PENYU, SABAH – Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) negeri ini disaran memanfaatkan program Jelajah atau pesta IKS disamping memanafatkan dunia digital bagi meningkatkan prestasi jualan.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata program berkenaan memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi menjana pendapatan tambahan terutamanya melalui perniagaan dalam talian.
“Usahawan IKS perlu ambil peluang inisiatif ini dengan menggunakan teknologi terkini dalam perniagaan dengan pendekatan mempromosi, penjualan dan pemasaran ke arah digitalisasi” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Pesta Industri Kecil dan Sederhana(IKS) dan Serbaneka anjuran Kelab Usahawan Atas Talian Industri Sederhana (KUATIKS) di Pusat Informasi Rumbia Kuala Penyu, semalam.
Aminah yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort berkata pesta tersebut merupakan flatfrom terbaik bagi pengusaha IKS dari seluruh Sabah untuk memperkenalkan produk disamping memberi ruang bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka.
Menurutnya, IKS merupakan platform yang dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar.
Disamping itu katanya industri terbabit juga banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.