Penjara LD Dirasmi TYT Sabah September Ini

Penjara LD Dirasmi TYT Sabah September Ini

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (tiga kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Nora ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Penjara Lahad Datu akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, September ini.

Pengarah Penjara Negeri Sabah, Timbalan Komisioner Penjara, Nora Musa berkata penjara yang mempunyai kapasiti 1,500 orang itu mempunyai 420 kakitangan.

“Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri pada September nanti,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Menurut beliau, kunjungan bertujuan untuk memperkenalkan pengurusan penjara di seluruh Sabah, selain membuat jemputan kepada Tun Juhar bagi menyempurnakan acara perasmian penjara berkenaan.

Tambah Nora, pihaknya juga telah merancang beberapa program sempena bulan Ramadan seperti Ihya Ramadhan, tadarus, qiamullail, solat terawih berjemaah, kelas pendidikan sejarah nabi dan majlis berbuka puasa penghuni bersama pihak pengurusan.

Penjara Lahad Datu merupakan yang keempat di negeri ini selepas Penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu bagi mengatasi masalah kesesakan banduan. — JABATAN PENERANGAN SABAH