
KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Panglima 5 Divisyen, Mejer Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.
Menurut Malek, kunjungan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta berkongsi pandangan khususnya berkaitan isu semasa keselamatan dan pertahanan di Sabah, di samping memperkenalkan Panglima-Panglima Formasi naungan 5 Divisyen kepada Tun Juhar.
Antaranya, Panglima 5 Briged Brigedier Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof dan Panglima Brigedier 13 Briged Jeneral Hashim Osman yang masing-masing mengambil alih pemerintahan mulai 13 Julai 2023 dan 10 Januari 2023, manakala Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen dilantik sejak 13 Januari lalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH