Penoreh Getah Maut Dipatuk Ular Tedung

Penoreh Getah Maut Dipatuk Ular Tedung

0
SHARE
Ular
Seorang penoreh getah ditemukan maut sehari selepas dipatuk ular tedung di Kampung Bunang Ulu Sook ( Sumber Foto: Gambar tular di media sosial )

KENINGAU, SABAH – Seorang penoreh getah ditemukan maut sehari selepas dipatuk ular tedung di Kampung Bunang Ulu Sook di sini pada 13 Julai lalu.

Mangsa, Mostone Benjamin, 36, yang ditemui oleh penduduk kampung pada jam kira-kira 8 pagi sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata terdapat beberapa kesan patukan ular pada tubuh mangsa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian turut menemukan satu mesin rumput yang berada berhampiran mangsa.

Nor Rafidah berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Mayat mangsa sudah dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.