Dua Warga Asing Positif Syabu Ditahan Di Pusat Hiburan Beroperasi Melebihi Masa

Dua Warga Asing Positif Syabu Ditahan Di Pusat Hiburan Beroperasi Melebihi Masa

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PENAMPANG, SABAH – Pemeriksaan ke atas 18 pengunjung sebuah pusat hiburan di sini diperiksa mendapati dua lelaki warga asing berumur 32 dan 35 tahun ditahan kerana positif dadah jenis syabu.

Demikian hasil operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sebuah pusat hiburan pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton berkata, pihak polis turut menahan pengurus pusat hiburan berkenaan di atas kesalahan premis beroperasi melebihi masa yang telah ditetapkan.

“Ketiga-tiga individu yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut pihak polis,” katanya.

DSP Sammy menambah Op Pusat Hiburan dan Op Noda telah dijalankan pada jam 2.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi telah diketuai oleh tiga pegawai kanan dengan kekuatan 11 anggota polis.

“Sebagai rekod, Polis Penampang telah melakukan sebanyak 62 pemeriksaan pusat hiburan (Op Noda) dan 25 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2023.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.