KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 241 kes direkodkan hari ini iaitu penyusutan 11 kes berbanding semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata lebih banyak daerah mencatatkan peningkatan kes iaitu 9 daerah berbanding 7 daerah mencatatkan penurunan.
“Walau bagaimanapun, jumlah kes terkumpul bagi daerah yang merekodkan penurunan kes lebih banyak berbanding daerah yang mencatatkan peningkatan kes…
“Kota Kinabalu kekal dengan kes baharu tiga angka dengan 106 kes (-16).
“Terdapat pertambahan daerah yang mencatatkan kes dua angka kepada 6 daerah iaitu Tuaran 25 kes (0), Papar 19 kes (+11), Sandakan 16 kes (-16), Penampang 14 kes (0), Kudat 11 kes (+11) dan Putatan 11 kes (-4).
“Jumlah daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu berkurang daripada 12 kepada 10 daerah hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.
Namun, tambahnya, dengan jumlah sampel ujian yang rendah, iaitu hanya 1,997 (kelmarin 2,330) dengan kadar positiviti 12.22% (kelmarin 10.94%) jumlah kes keseluruhan hari ini tidak menggambarkan keadaan sebenar jangkitan Covid di Sabah.
Terdapat dua (2) kes berada dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (31 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 106 (122)
Tuaran 25 (25)
Papar 19 (8)
Sandakan 16 (32)
Penampang 14 (14)
Kudat 11 (0)
Putatan 11 (15)
Lahad Datu 9 (5)
Tawau 7 (4)
Beaufort 6 (12)
Sipitang 5 (0)
Kuala Penyu 3 (3)
Ranau 3 (2)
Kota Marudu 2 (1)
Kunak 2 (0)
Keningau 1 (5)
Nabawan 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (2)
Kota Belud 0 (2)
Pitas 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)