Perlaksanaan PKPD Di Kampung Lingkudau Keningau Mulai Esok (15 Mac) Hingga 28...

Perlaksanaan PKPD Di Kampung Lingkudau Keningau Mulai Esok (15 Mac) Hingga 28 Mac

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah akan dilaksanakan mulai esok hingga 28 Mac.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kerajaan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan dan berpandukan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi…

“Hingga 12 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 102 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 19 kes positif COVID-19 direkodkan,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri…

Ismail Sabri berkata pelaksanaan PKPD itu bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.