LAHAD DATU: Dua calon wanita GRS bersiap sedia menggempur kawasan Lahad Datu melalui pertarungan di DU Silam dan mempertahankan kerusi DU Kunak pada Pilihan Raya Umum ke-17 Sabah.
Ketua Bahagian PGRS Silam, Datuk Mizma Appehdullah, calon nombor 2, berdepan cabaran 9 penjuru manakala penyandang kerusi DU Silam, Datuk Norazlinah Arif, calon nombor 1, mengharungi persaingan 6 penjuru.
Mizma ditentang Sharif Musa Sharif Mabul (BN), Mohammad Yusof Apdal (Warisan), Borkes @ Balkis Kalinggalan (PN), Abd Halim Ghulam Hassan (PH), Amat Kawoh @ Abd Rahman (BEBAS), Mohammad Enriquez (SAPP), Brahim Biesel (PIS) dan Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin (PKS).
Norazlinah dicabar Kasman Karate (PN), Roselih Lumayah (PIS), Ismu Isyam Arsad (PPRS), Anil Jeet Singh (BN) dan Jasa @ Ismail Rauddah (Warisan).
Pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pilihan Raya, Firuz Idzualdeen Benetty Mohd Dzul, di pusat penamaan calon di Dewan Perdana di Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam pada itu, di DU Tungku, Ketua Bahagian PGRS Tungku, Datuk Abdul Hakim Ghulam Hassan, calon nombor tujuh, berdepan saingan tujuh penjuru.
Mereka terdiri daripada Salehah Abdul Wahid (BN), Suling Isib (Star), Assafal P.Alian (Warisan), Jani Kulmen (PKS), Jakaria Nasiran (PPRS), dan Hairunnizam Kamsin (PIS).






