Peruntukan Interim Sabah, Sarawak Naik RM600 Juta Tahun Depan

Peruntukan Interim Sabah, Sarawak Naik RM600 Juta Tahun Depan

0
SHARE
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Kota Kinabalu, Sabah, 12 September, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of Malaysia

KOTA KINABALU: Peruntukkan khas interim kepada Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada RM600 juta pada tahun hadapan berbanding RM300 juta pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukkan itu adalah sepertimana diperuntukkan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pada mesyuarat tadi, Perdana Menteri dalam ucapan aluannya ada menyatakan berhubung perkara 112D iaitu peruntukkan khas untuk Sabah dan Sarawak dimana tahun lalu sudah diumumkan sebanyak RM300 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak).

“Kalau ikut interim ini ianya akan disemak setiap lima tahun tapi tadi Perdana Menteri putuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri, makna sekali ganda kenaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama pada mesyuarat itu Premier Sarawak Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Fadillah berkata, kenaikkan pembayaran interim itu diumumkan lebih awal sebelum pembentang Bajet 2025.