Pesanan Grab Wanita Ditolak Hanya Kerana Beragama Islam

Pesanan Grab Wanita Ditolak Hanya Kerana Beragama Islam

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Hanya kerana berbangsa Melayu dan beragama Islam, permintaan Grab seorang wanita di sini dibatalkan Selasa lalu.

@Ellan1Ellanie berkongsi tangkap layar dia dengan seorang pemandu Grab bukan Islam pada Pengguna X (Twitter).

Pemandu Grab itu, Tan Yin Sin, bertanyakan sama ada Ellanie seorang Melayu.

Sebelum sempat membalas, pemandu itu meminta Ellanie untuk membatalkan pesanan Grab itu kerana “tidak membawa penumpang beragama Islam”.

Tangkap layar pada satu hantaran di twitter milik @Ellan1Ellanie…

Menurut The Merdeka Times, Insiden itu telah diadukan kepada Ibu Pejabat Grab untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Grab Malaysia memberi maklum balas di ruangan komen ciapan itu dan memohon maaf kepada Ellanie atas pengalaman buruk yang dia alami.

Sikap pemandu terbabit yang berbaur rasis jelas tidak boleh diterima dalam era Kerajaan Madani yang sedang cuba menghapuskan sifat demikian.