Pesawat MH128 Patah Balik Ke Melbourne Demi Keselamatan Penumpang

Pesawat MH128 Patah Balik Ke Melbourne Demi Keselamatan Penumpang

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH128 semalam, 31 Mei, yang dalam penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik Ke Melbourne semula disebabkan oleh gangguan seorang penumpang.

Pesawat MH128 yang berlepas daripada Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dan dijangka tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.28 pagi, 1 Jun, berpatah balik ke Melbourne selepas Kapten pesawat menerima maklumat dan amaran daripada daripada krew pesawat bahawa terdapat seorang penumpang yang cuba memasuki ruang kokpit.

Pihak Malaysia Airlines sangat memberi keutamaan kepada keselamatan penumpang.

Pesawat MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.41 malam. Kini, pesawat itu berada di zon kawalan dan menunggu bantuan keselamatan tiba di pesawat tersebut.