Pesta Kaamatan Wadah Kukuhkan Kesatuan

Pesta Kaamatan Wadah Kukuhkan Kesatuan

0
SHARE
Jeffrey
Jeffrey menyampaikan cenderamata kepada Cornelis (tiga dari kanan) mewakili delegasi Indonesia ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Pesta Kaamatan merupakan wadah mengukuh kesatuan melalui warisan budaya.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata, Pesta Kaamatan merupakan landasan bagi mewujudkan semangat keutuhan dan kesatuan melalui warisan budaya.

Menurut beliau, perayaan itu juga penting dalam memastikan masalah keterjaminan makanan serta kestabilan hubungan intrinsik antara budaya dapat di bincang secara bersama.

“Pada era globalisasi dengan amalan silang budaya keperluan dialog atau sesi diskusi amat penting sebagai jambatan bagi mengukuh ikatan pemahaman budaya khususnya orang asal.

“Dengan berkumpul untuk merayakan Kaamatan, kita bukan hanya mengangkat warisan budaya tetapi juga kepelbagaian warisan yang menentukan komuniti ini secara global,” katanya ketika merasmikan World Day For Cultural Diversity For Dialogue and Development 2024 di Hongkod Koisaan pada Selasa.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2024 berkata, melalui sesi dialog tersebut ia dapat mencari jalan penyelesaian mengenai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat orang asal meliputi kemusnahan alam sekitar dan ketidaksetaraan sosial dalam sesebuah masyarakat.

Menurutnya, perkongsian maklumat tersebut dapat memastikan legasi perayaan terutama Pesta Kaamatan dapat dipertahankan untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

Seramai 30 peserta mewakili delegasi Indonesia, Sarawak, New Zealand, Australia, Eropah dan Sabah sebagai tuan rumah menghadiri sesi dialog yang berlangsung selama dua hari (21 hingga 22 Mei) secara fizikal dan atas talian.

Hadir sama Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Cornelis MH, Pengurus Profolio Asia dan Oceana Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula jadi, Asuhuman Saikia, Pengerusi Pengajur World Day For Cultural Diversity For Dialogue and Development 2024, Andrew Ambrose dan Presiden Persatuan Bobolian Sabah, Tindaramma Datuk Steven Beliku. — JABATAN PENERANGAN SABAH