Pekerja Perlu Ambil Cuti Tanpa Gaji Jika Tidak Terima Suntikan Vaksin Dan...

Pekerja Perlu Ambil Cuti Tanpa Gaji Jika Tidak Terima Suntikan Vaksin Dan Tidak Jalani Ujian Saringan COVID-19

0
SHARE
Tunjuk perasaan dilakukan oleh sebahagian besar pekerja di Itali yang membantah paksaan menerima suntikan vaksin dan menjalani ujian COVID-19 bagi mendapatkan Pas Kesihatan Kerajaan atau ‘Pas Hijau’...(Sumber Foto: EPA)

ROM, ITALI – Rakyat Itali yang bekerja di negara ini sama ada bekerja di sektor awam atau swasta perlu menerima suntikan vaksin, menjalani ujian saringan COVID-19 dan mendapatkan pas kesihatan kerajaan.

Kerajaan Itali menggubal undang-undang itu secara drastik bagi menggalakkan seluruh negara itu menerima suntikan vaksin.

Walau bagaimanapun, rakyat Itali menggelarkan tindakan tersebut sebagai menyekat kebebasan demokrasi Barat di negara itu kerana mereka terpaksa memilih sama ada mendapatkan pas kesihatan atau berdepan kekangan ketika meneruskan kelangsungan hidup.

Langkah itu, yang memerlukan bukti vaksinasi, ujian negatif atau baru pulih daripada COVID-19 untuk pergi bekerja, dilihat sebagai antara yang paling ketat di Barat, yang bergelut bagi mengimbangi antara kesihatan dengan kebebasan awam.

Di bawah peraturan baharu Itali itu, individu yang tidak memiliki sijil kesihatan yang dikenali sebagai Pas Hijau, perlu mengambil cuti tanpa gaji.

Pihak majikan bertanggungjawab mengesahkan sijil itu, yang kebanyakannya dipaparkan dalam aplikasi telefon pintar, namun cetakan sijil juga turut diterima.

Mereka yang ingkar peraturan itu berisiko didenda sehingga €1,500 (RM7,235) dan setakat ini, syarat Pas Hijau itu belum menerima tentangan perundangan yang serius.

Kerajaan memaklumkan langkah itu sudah berkesan apabila lebih 500,000 yang sebelum ini enggan divaksin, sudah mendapatkan suntikan pelalian COVID-19 sejak bulan lalu.