KUALA LUMPUR – Petronas berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak waris bekas kesultanan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan undang-undangnya.
“Semua usaha tertumpu kepada prosiding pengesahan di mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan yang Luxcos mempunyai pembelaan yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan terbabit merujuk kepada laporan media semalam mengenai perintah rampasan baharu yang dikeluarkan oleh bailif mahkamah Luxembourg bagi membeku dua unit Petronas minggu ini.
Laporan Reuters semalam menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baru untuk dua unit Petronas.
Ini berikutan percubaan keturunan bekas kesultanan untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion (RM66 bilion) yang mereka menangi terhadap Malaysia, menurut peguam waris dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.