Piala Dunia 2022: Mbappe Kasut Emas, Messi Bola Emas

Piala Dunia 2022: Mbappe Kasut Emas, Messi Bola Emas

0
SHARE

DOHA, QATAR – Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2022 manakala Lionel Messi dipilih memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia 2022 di Qatar.

Penyerang Perancis berusia 23 tahun itu mengakhiri kejohanan dengan menjaringkan lapan dalam tujuh penampilan selepas meledak hatrik pada aksi final menentang Argentina, awal pagi tadi.

Messi dan Mbappe terikat dengan lima gol sebelum aksi final itu tetapi Messi mendahului disebabkan lebih banyak melakukan umpanan sepanjang kejohanan.

Walau bagaimanapun, Mbappe akhiri dengan berkelebihan satu gol ke atas Lionel Messi yang menjaringkan gol keenam dan ketujuhnya pada aksi final berkenaan.

Lionel Messi pula dipilih memenangi Bola EmasĀ  selepas membantu Argentina muncul juara dengan menewaskan Perancis pada aksi final.

Lionel Messi dipilih memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia 2022…

Kejayaan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun itu muncul pemain pertama memenangi dua kali anugerah berkenaan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik pada Piala Dunia 2014.

Pada perlawanan yang penuh dramatik awal pagi tadi, Argentina muncul juara Piala Dunia buat kali ketiga selepas mengatasi Perancis yang juga juara bertahan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 sehingga tamat masa tambahan.