‘Pihak Ketiga’ Bakal Ambil Tanggungjawab Urus Bekalan Air Sabah – Bung

‘Pihak Ketiga’ Bakal Ambil Tanggungjawab Urus Bekalan Air Sabah – Bung

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin...

KOTA KINABALU, SABAH – ‘Pihak Ketiga’ bakal mengambil tanggungjawab pengurusan bekalan air di Sabah ekoran daripada masalah yang sering berlaku setiap tahun dan menjadi sangat serius ketika ini.

Bayangan kepada perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang kecewa masalah pengurusan bekalan air di Sabah yang samkin serius dan teruk berlaku ketika ini.

“Mungkin sudah tiba masanya pengurusan bekalan air di Sabah dipertanggungjawabkan kepada pihak ketiga setelah masalah bekalan itu berlaku saban tahun, malah amat serius ketika ini,” kata Bung yang juga merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

Tambah Bung, pihaknya kini sedang melakukan tindakan jangka pendek dengan memberikan bekalan air di kawasan terjejas, antaranya di University Utama Condominium (UUC) dan University Condo Apartment 2 (UCA 2) di sini.

Beliau berkata, tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah bekalan air akan dibuat selepas ini berdasarkan kajian dan bengkel yang telah dianjurkan.

“Saya akan bentangkan kertas cadangan kepada Kabinet Negeri Sabah untuk mengatasi masalah air di Sabah. Perkara ini bukan mudah kerana melibatkan berbilion ringgit perlu dibelanjakan (bagi mengatasi masalah ini)…

“Rakyat Sabah berhak menikmati bekalan air bersih seperti di negeri lain. Saya memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan gangguan yang berlaku amat dikesali,” katanya satu menerusi kenyataan malam tadi.

Baru-baru ini timbul rungutan beberapa penduduk terutama di UUC dan UCA 2 dengan mendakwa terputus bekalan air bersih sejak kira-kira seminggu lepas dan memohon pihak bertanggungjawab segera mengatasi masalah itu.

Antara wakil penduduk kawasan Sepanggar yang menggantung sepanduk kerana tidak berpuas hati dengan tiada sebarang tindakan yang diambil Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) berhubung masalah air di kawasan mereka…
Bekalan air paip seorang penduduk yang terpaksa ditadah dan diperoleh dari kawasan lain…