‘Diet Puasa’ Bantu Golongan Obes Turunkan Berat Badan

‘Diet Puasa’ Bantu Golongan Obes Turunkan Berat Badan

0
SHARE

LONDON – Kaedah ‘Diet Puasa’ (intermittent fasting) terbukti dapat membantu mengurangkan berat badan, demikian menurut hasil kajian sekumpulan penyelidik.

CNN melaporkan bahawa diet tersebut digelar juga sebagai 5 : 2 yang mana individu yang mengamalkannya akan makan secara berpada-pada sebanyak LIMA (5) hari seminggu dan mengawal pengambilan kalori yang ketat selama dua hari lagi.

Ia lebih menjadi pilihan bagi golongan obes kerana lebih mudah untuk diikuti.

“Kami berjaya menunjukkan bukti keberkesanan diet 5 : 2 dalam kehidupan sebenar…

“Walaupun ia bukan menjadi pilihan utama untuk mengurangkan berat badan, pengguna lebih memilih diet jenis ini kerana ia lebih menarik dan mudah diikuti,” kata ahli psikologi kesihatan bertauliah dan felo penyelidik kanan di Universiti Queen Mary London, Katie Myers Smith.

Sekumpulan penyelidik berkenaan membuat kajian itu terhadap 300 individu obes di Menara Hamlet, London.

Peserta kajian dibahagikan kepada dua, dengan satu kumpulan diminta mengamalkan diet konvensional, iaitu mengawal pengambilan makanan berminyak, mengawal jumlah makanan yang diambil serta melakukan senaman. Manakala kumpulan kedua mengamalkan diet 5 : 2.

Kedua-dua kumpulan mencatatkan keputusan pengurangan berat badan yang hampir sama dan sederhana.

Selepas ENAM (6) bulan, kumpulan yang mengamalkan diet konvensional mengalami pengurangan berat badan sebanyak 1.7 kilogram (kg), manakala kumpulan yang mengamalkan diet 5 : 2 mengalami pengurangan berat badan sebanyak 1.8 kg.