PKAN Dapat Suntikan Baharu, Gemilang Sabah Bawa 40 Calon Bebas

PKAN Dapat Suntikan Baharu, Gemilang Sabah Bawa 40 Calon Bebas

0
SHARE

KOTA KINABALU: Parti Kerjasama Anak Negeri (PKAN) menerima suntikan baharu menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 apabila kumpulan Gemilang Sabah yang diketuai tokoh politik veteran Datuk Jismit Japong menyertai parti itu bersama kira-kira 40 penyokong dan calon bebas.

Presiden PKAN, Datuk Henrynus Amin berkata, kemasukan kumpulan tersebut mengukuhkan jentera akar umbi parti serta kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

Jismit dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PKAN dan akan menyelaras calon, kempen serta gerak kerja di seluruh negeri.

PKAN merancang bertanding di sekurang-kurangnya 55 kerusi dengan gabungan pemimpin berpengalaman, calon muda dan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita, selain menegaskan tidak akan bekerjasama dengan parti Semenanjung.

Manifesto parti berasaskan hak Sabah, tuntutan kewangan dan kemajuan sosioekonomi akan dilancar pada 26 Oktober di Ranau.