TYT, KM HAJIJI HADIR RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2024 ANJURAN KERAJAAN...

TYT, KM HAJIJI HADIR RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2024 ANJURAN KERAJAAN NEGERI

0
SHARE
Hajiji
Juhar dan Hajiji melakukan Yee Sang ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Lebih 10,000 orang daripada semua lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Kerajaan Negeri dan Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Sambutan majlis di Sabah International Convention Centre (SICC) pagi tadi turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Mereka disambut oleh pengerusi penganjur utama Datuk Christina Liew yang merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta menteri kabinet yang lain.

Semasa ketibaan, tetamu kehormat dan tetamu disambut dengan persembahan tarian singa dan replika naga sepanjang 350 kaki di dataran SICC.

Di dewan utama, para hadirin dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan moden.