Festival Kebudayaan Bajausama Platform Eratkan Perpaduan Kaum

Festival Kebudayaan Bajausama Platform Eratkan Perpaduan Kaum

0
SHARE
Bajau
Abdul Kassim ketika ditemubual dalam segmen 'Bah, Atur!' bersama Kupi-Kupi FM ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 dapat menjadi platform dalam mengeratkan perpaduan pelbagai kaum di negeri ini.

Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajausama Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, festival itu dapat menjalin perpaduan di samping memperkenalkan budaya, adat dan tradisi Bajausama di Sabah.

“Festival ini adalah yang julung kali diadakan dan sambutannya lebih menyeluruh dalam mempromosikan adat dan kebudayaan rumpun Bajausama.

“Pelbagai aktiviti dan pengisian akan diadakan sepanjang empat hari festival berlangsung antaranya pertandingan Ratu Serimpak, pertandingan Soromas, pertandingan Betitik selain bengkel tarian dan alat muzik tradisi suku kaum Bajausama.

“Melalui festival ini, saya berharap agar suku kaum lain dapat sedikit sebanyak mempelajari mengenai Bajausama sekaligus menjadi pemangkin dalam mencetus perpaduan di kalangan sesama,” ujarnya yang juga Pengerusi Pelaksana festival berkenaan ketika ditemui media selepas sesi temubual di konti Kupi-Kupi FM, pada Jumaat.

Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah akan diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik Tuaran bermula 24 hingga 28 Februari depan. — JABATAN PENERANGAN SABAH