Bomba Bantu Angkat Wanita Obesiti Di Tawau

Bomba Bantu Angkat Wanita Obesiti Di Tawau

0
SHARE
Bomba
Bomba mengusung mangsa keluar dari kediamannya untuk diserahkan kepada pihak kesihatan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TAWAU, SABAH – Pasukan Bomba dipanggil bagi mengangkat seorang wanita seberat 200 kilogram ke atas sebuah ambulans di Jalan Apas Batu 3, sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, mangsa berusia 53 tahun dilaporkan mengalami sakit muntah di kediaman atas kedai beliau.

Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digerak ke lokasi.

“Seterusnya mangsa dibawa ke Hospital Tawau menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan pada jam 10.28 pagi,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Tambahnya, wanita berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.