PM Ismail Sabri Dianugerahkan Darjah Kebesaran Sarawak

PM Ismail Sabri Dianugerahkan Darjah Kebesaran Sarawak

0
SHARE
uan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud menyampaikan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Patinggi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Lahir Ke-86 Yang Dipertua Negeri Sarawak semalam. - Foto Bernama...

MIRI, SARAWAK – Kerajaan Negeri Sarawak telah menganugerahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP).

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam istiadat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Penganugerahan darjah yang membawa gelaran ‘Datuk Patinggi’ itu adalah sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Abdul Taib.

Turut hadir pada acara yang bermula dari 5.15 hingga 5.30 petang itu ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pimpinan tertinggi negeri.

Seramai 846 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib tahun ini.

Bandaraya Miri merupakan tuan rumah sambutan Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib yang berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober.