PM RESTUI HAJIJI SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH

PM RESTUI HAJIJI SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merestui Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai Ketua Menteri negeri ini.

“Ya, saya merestui beliau. Beliau adalah Ketua Menteri,” katanya.

Disamping itu, Anwar juga berkata beliau memberi ruang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kepentingan Sabah.

“Esok satu Rang Undang-Undang (RUU) (yang akan dibentangkan) dan ini satu perubahan besar. Bagi saya ini keutamaan.

“Kemudian kita bagi ruang untuk Ketua Menteri berbincang (mengenai krisis politik Sabah) dan mencari satu formula baik bagi kepentingan Sabah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Hajiji, Timbalan Perdana Menteri, Zahid dan rakan-rakan yang mendengar semua pandangan,” katanya.