PMS Sasar 20,000 Pengunjung MCS

PMS Sasar 20,000 Pengunjung MCS

0
SHARE
Mcs
Makhzan (tengah) mendengar penjelasan daripada pegawai KWSP ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

RANAU, SABAH – Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) menyasarkan penyertaan 20,000 pengunjung Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) pada tahun ini.

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah PMS, Rafidah Datu Derin berkata untuk tahun 2024, Kementerian Kewangan Malaysia melalui PMS merancang pelaksanaan sekurang-kurangnya 12 program di pelbagai daerah.

“Pada tahun 2023, MCS telah dilaksanakan di 12 lokasi dengan penyertaan lebih 90 agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta merekodkan kehadiran 9,000 pengunjung secara keseluruhannya.

“MCS membawa semangat merakyatkan perkhidmatan supaya tidak ada ahli masyarakat yang tercicir dalam mendapatkan akses dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2024,” katanya semasa ditemui di SK Tampios, Ranau yang menjadi lokasi pertama MCS tahun ini.

MCS atau Mobile Community Services merupakan salah satu usaha kerajaan secara bersepadu untuk mendekatkan rakyat kepada pelbagai jenis perkhidmatan di lapangan khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berhadapan dengan isu-isu aksesibiliti.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kaunter khidmat nasihat, kesihatan, pekerjaan, pendidikan, pencegahan jenayah dan kebajikan. — JABATAN PENERANGAN SABAH