PN Kuasai 17 Daripada 32 Kerusi DUN Terengganu, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan...

PN Kuasai 17 Daripada 32 Kerusi DUN Terengganu, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan Majoriti Mudah

0
SHARE
Pn
Gambar bendera Perikatan Nasional ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

MARANG, TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Memetik sumber Berita Harian, kemenangan itu membolehkan gabungan PAS dan BERSATU itu terus mentadbir kerajaan negeri untuk penggal kedua.

Kerusi dimenangi PN membabitkan DUN Jabi, Tepuh, Kuala Berang, Seberang Takir, Telemung, Manir, Ajil, Ru Rendang, Pengkalan Berangan dan Bukit Besi, Jabi dan Bukit Tunggal.

PN turut memenangi kerusi DUN Rantau Abang dan Cukai.

Setakat ini keputusan tidak rasmi turut menyaksikan Pakatan Harapan memenangi DUN Hulu Terengganu dan Air Putih.

Proses penjumlahan undi di beberapa pusat penjumlahan undi sedang dijalankan.