POIC Sabah Serah RM4.17 Juta Kepada Kerajaan Negeri

POIC Sabah Serah RM4.17 Juta Kepada Kerajaan Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU: POIC Sabah Sdn Bhd menyerahkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM4.17 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam satu majlis penyerahan simbolik yang disaksikan Ketua Menteri, DatukSeri Hajiji Noor, di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Jumlah berkenaan merangkumi sumbangan RM2 juta kepada Kerajaan Negeri serta bayaran balik pinjaman Persekutuan sebanyak RM2.17 juta bagi tahun 2025, selaras dengan komitmen POIC Sabah dalam menyokong kedudukan kewangan negeri.

Penyerahan replika cek itu disempurnakan oleh Pengerusi baharu POIC Sabah Sdn Bhd, Wilfred Madius Tangau kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kewangan Negeri, Chee Shok Ting.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Ewon Benedick; Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong; Setiausaha Tetap Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Thomas Logijin; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC Sabah, Fredian Gan.

Penyerahan ini mencerminkan prestasi kewangan serta tadbir urus POIC Sabah yang berterusan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kewangan negeri Sabah.