
KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah lori tiga tan dan sebuah Proton Saga rosak dihempap pokok tumbang ketika sedang bergerak di Jalan Tuaran Bypass berhampiran KFC di Jalan Angkasa pada Isnin.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian 5.30 petang itu.
“Sepasukan 10 anggota Balai Bomba Lintas bertindak menggergaji dan mengalihkan pokok yang tumbang,” kata seorang jurucakap agensi.
Operasi kemudian ditamakan pada jam 6.32 petang yang membenarkan pergerakan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak yang mana beberapa klip insiden telah menjadi tular.
Pada hari Sabtu, Perodua Axia yang diletakkan di Taman Jaya Diri, Sepanggar mengalami nasib yang sama dalam kejadian 11.20 pagi dengan bumbung kemek dan cermin hadapan yang retak.





