BINTULU, SARAWAK – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bintulu telah menangkap 1 lelaki Indonesia pada hari kelmarin, Isnin dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 bertempat di sebuah Rumah Kedai Tingkat 2, Jalan Abang Galau, Bintulu Sarawak.
Memetik kenyataan pada laman media sosial Facebook – BTU Community, hasil pemeriksaan telah menjumpai keratan tiub straw kecil lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah di dalam rumah berkenaan.
Anggaran harga keseluruhan dadah RM1500.
Pihak Polis berharap agar orang ramai memberikan kerjasama kepada pihak Polis dengan menyalurkan maklumat jenayah bagi memelihara keamanan bersama.