POLIS BURU 20 LELAKI BERGADUH, BUAT RUSUHAN ROSAKKAN KENDERAAN AWAM

POLIS BURU 20 LELAKI BERGADUH, BUAT RUSUHAN ROSAKKAN KENDERAAN AWAM

0
SHARE
Tangkap layar (screenshot) daripada video tular pergaduhan sekumpulan individu di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling...

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan 20 lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan dan tindakan merosakkan kenderaan awam di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, di sini, pada awal pagi, Isnin lalu.

Ini selepas tular satu video di laman sosial berdurasi 43 saat sejak semalam menunjukkan beberapa individu bergaduh dan turut merosakkan beberapa buah kereta menggunakan botol minuman keras dan batang besi di kawasan parkir tersebut.

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang jelas menunjukkan beberapa individu bergaduh dan turut merosakkan beberapa buah kereta menggunakan botol minuman keras…

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pergaduhan melibatkan dua kumpulan itu telah menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berkenaan rosak.

“Pihak kami menerima laporan dari seorang mangsa yang keretanya mengalami kerosakkan di bahagian cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan…

“Mangsa dan rakan sedang makan di sebuah restoran di lokasi kejadian pergaduhan itu dan polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Amihizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Brickfields 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.