Polis Marin Sandakan Gagalkan Percubaan 5 Lelaki Filipina Masuk Ke Sabah

Polis Marin Sandakan Gagalkan Percubaan 5 Lelaki Filipina Masuk Ke Sabah

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Percubaan lima (5) lelaki Filipina menyelinap masuk ke negara ini berhampiran Pulau Nunuyan digagalkan Pasukan Polis Marin Sandakan sekitar jam 3 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin, berkata kejayaan itu datang sedang sebuah pasukan membuat operasi pemantauan di perairan tersebut.

“Pendatang Tanpa Izin (PTI ) terbabit berumur dalam lingkungan 17 hingga 28 tahun dan mereka mengaku datang dari Basilan Filipina…

“Turut dirampas sebuah Bot laju dan dua (2) buah enjin yang digunakan dalam aktiviti tersebut,” katanya.

Semua rampasan termasuk bot dan dua (2) buah enjin bernilai RM14,200.00 dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sandakan untuk siasatan dibawah Akta Imigresen 1959/63.