Polis Marin Semporna Jumpa Dadah Jenis Syabu Dalam Kotak Rokok

Polis Marin Semporna Jumpa Dadah Jenis Syabu Dalam Kotak Rokok

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Dadah jenis ‘Syabu’ ditemukan oleh Pasukan Polis Marin Semporna di dalam sebuah kotak rokok di sini, semalam.

Pada jam lebih kurang 3 petang kelmarin (Jumaat), Pasukan Polis Marin Semporna semasa menjalankan rondaan di perairan laut Sum-sum Semporna telah menahan sebuah perahu menggunakan enjin pumbot yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah perahu yang dijuragani oleh satu lelaki bangsa ‘Palauh’ berusia 18 tahun, Pasukan Polis Marin telah menjumpai satu paket lutsinar kecil berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis ‘syabu’ yang disembunyikan di dalam kotak rokok.

DSP Mohammad Bin Ismail, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna berkata; “Kes disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.”

Rampasan dan tangkapan adalah sebuah perahu, pumboat dan dadah jenis syabu dengan nilai keseluruhan RM 2,430.00.

Suspek ditahan dan diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Semporna untuk tindakan lanjut.

Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakan masyarakat pesisir pantai untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi WhatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian ‘0132831197‘ bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.