Polis Marin Tahan Lelaki Dengan Sepeket Syabu Cuba Curi Keluar Dari Kawasan...

Polis Marin Tahan Lelaki Dengan Sepeket Syabu Cuba Curi Keluar Dari Kawasan PKPD

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Polis Marin menahan seorang lelaki yang cuba mencuri keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Penimbawan di Tuaran dengan membawa sepeket dadah jenis syabu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu ASP Roslan Awang berkata suspek tersebut ditahan kira-kira jam 5 petang kelamrin.

“Suspek 21 tahun itu dikesan cuba menyelinap keluar menaiki sebuah bot semasa rondaan anggota PPM di kawasan Sungai Kampung Serusup…

“Semasa diperiksa, suspek didapati membawa satu paket plastik kecil lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu seberat 0.14 gram,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kata Roslan dadah syabu sejumlah itu dianggarkan bernilai RM150 di pasaran gelap.

Lelaki itu turut dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 selepas melanggar larangan keluar dari kawasan PKPD.

Tangkapan dan rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.