Polis Penampang Tumpaskan Sindiket ‘Geng Taufik’

Polis Penampang Tumpaskan Sindiket ‘Geng Taufik’

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Sindiket “Geng Taufik” membabitkan seorang kanak-kanak lelaki 13 tumpas selepas memecah masuk premis mereka yang ke lapan.

Ketua polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibarhim berkata kejayaan tangkapan mereka membawa kepada penyelesaian lapan kes di Kawasan Bundusan dan Beverly Hills.

“Mereka masih di tahan reman bagi membantu siasatan.”

Haris berkata modus operandi duo itu adalah mengumpil tirai besi kedai selain merompak beberapa rumah di sini.

“Mereka akan hanya mengambil wang dan meunggunakan wang tersebut untuk menyewa hotel dan hidup mewah. Ujian air kencing menyahkan dua sekawan itu bukan di bawah pengaruh dadah…

“Mereka bebas dari rekod jenayah. Ini kali pertama mereka ditangkap.

“Budak di bawah umur itu berbangsa Filipina dan lelaki dewasa 31 tahun seorang tempatan. Mereka dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini,” Haris berkata.

Dia berkata sedemikian pada Hari Polis ke-214 yang disambut oleh dua ratus warga Balai Polis Penampang di sini pagi kemarin.

Ketua polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim…

Dalam perkembangan lain, Haris berkata polis sini telah mengeluarkan kompaun kepada hampir 10,000 orang sejak perlaksanaan undang-undang itu.

“Kebanyakkan mereka ditangkap di kelab malam dan pusat-pusat perhiburan…

“Sedia tahu kenaikan nilai kompaun dan kami di IPD Penampang akan menguatkuasakan undang-undang itu.

“Patuhilah undang-undang dan SOP norma baru ini,” katanya.